loading...
Pelakon popular Maria Farida telah selamat berkahwin untuk kali kedua. Namun ada desas desus mengatakan yang beliau merampas suaminya itu dari kawan baik dia sendiri. Tetapi, beliau tidak memberikan sebarang respon terhadap perkara tersebut. Dan sehingga kini ramai netizen masih menggelarkan dia sebagai perampas.Mungkin kerana tidak tahan dengan tohmahan netizen, dia telah meluahkan perasaan sedihnya terhadap orang yang mengkritiknya dan mengatakan ramai yang tidak tahu disebalik cerita sebenar.
Saya sedih sebab rata-rata orang Melayu yang komen. Sepatutnya orang Melayu kita lebih beradab ketika bercakap. Tidak tahu perkara sebenar yang terjadi tetapi main teka dan tulis. Hakikatnya, sudah jodoh saya dengan dia nak buat macam mana. Kenapa mahu pertikaikan lagi.
Beliau juga menerangkan majlis perkahwinan tersebut hanyalah untuk orang terdekat sahaja dan hanya dibuat secara sederhana. Disebabkan ini merupakan perkahwinan keduanya dan rasanya tidak perlulah dibuat secara besar-besaran.
Kami hanya menjemput seramai 50 orang yang terdiri daripada famili dan kawan-kawan terdekat. Lagipun ini perkahwinan kedua saya. Jadi, untuk apa ia dibuat secara besar-besaran.
Apapun yang terjadi, Maria telah selamat bernikah dengan suaminya itu dan kini dia bahagia di samping yang tersayang. Apa yang terjadi biarlah menjadi rahsia antara mereka, kita sebagai peminat tidak perlulah menghukumnya tanpa mengetahui cerita di sebalik perkara sebenar.
loading...
0 Response to "RESPON MENGEJUTKAN Maria Farida Selepas Digelar Sebagai PERAMPAS! Mendapat Kecaman Netizen"
Post a Comment