Ohsemmm..NAMA TEMPAT Yang Paling PELIK Di Malaysia, No 4 Paling Kelakar!!

loading...
Ohsemmm...Nama Tempat Yang Paling Pelik Di Malaysia, No 4 Paling Kelakar!!

Dalam Malaysia, kita mempunyai pelbagai nama tempat yang menarik dan pelik. Namun, setiap keunikan nama itu mempunyai maksud yang tersendiri.

Ada 5 nama tempat yang pelik terdapat di Semenanjung Malaysia dan termasuklah Sabah. Jom kita lihat nama tempat yang pelik tapi kelakar.

1. Kampung Imam Lapar, Terengganu



Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz Al-Quran. Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar, tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) bacaan Al-Qurannya.

2.  Desa Temu Jodoh, Johor



Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor. Perkampung ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer (km) dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.

3. Kampung Baru Jumpa, Sabah

Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.

4. Jalan Microwave, Sabah



Pengguna jalan raya memandu di sepanjang 350 km yang sunyi di antara jalan Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh melihat papan tanda jalan raya pastinya akan mengundang hilai tawa sepanjang melalui laluan tersebut.

5. Kampung Bogel, Terengganu

Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.

Apapun, itu adalah sebahagian nama yang pelik biasa kita lihat dan ketemu. Mana tahu mungkin ada nama yang lagi pelik dari ini??
loading...

0 Response to "Ohsemmm..NAMA TEMPAT Yang Paling PELIK Di Malaysia, No 4 Paling Kelakar!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close