loading...
" Mampus Kau.. Mampus.. !! " - Ngeri.. Video Wanita Parah Dipukul Sebab Pertahankan Diri Dari Menjadi Mangsa...Video Wanita Parah Dipukul Sebab Pertahankan Diri Dicabul
Seorang wanita dipukul dengan kayu hingga mengalami kecederaan di bahagian kepala gara-gara mempertahankan diri daripada dicabul sekumpulan lelaki.
Menurut laporan NDTV.com, wanita itu mulanya mendekati kumpulan lelaki itu bertanyakan arah di sebuah pasar di daerah tersebut.
Tidak membantu wanita berkenaan, lelaki-lelaki itu sebaliknya dikatakan cuba mencabul dan menanggalkan kain yang digunakan untuk menutup kepalanya atau dupatta.
Apabila wanita tersebut cuba melepaskan diri dan melawan mereka, dia dipukul dengan batang kayu besar dan turut dimaki hamun oleh kumpulan tersebut.
Menerusi sebuah paparan video yang kini viral di seluruh dunia, wanita itu dipukul di bahagian kepala sebanyak dua kali oleh salah seorang lelaki dalam kumpulan tersebut.
Lelaki itu menghayunkan kayu buat kali ketiga, namun sempat ditahan oleh seorang lelaki lain yang turut berada dalam kumpulan itu.
Lelaki itu kemudiannya memberi isyarat kasar yang jelas mengarahkan wanita terbabit meninggalkan tempat kejadian.
Insiden tersebut disaksikan oleh orang ramai dan pihak berkuasa, namun tiada siapa tampil memberikan pertolongan.
Selain wanita itu, suaminya juga turut dipukul sementara anak perempuan mereka dibiar melihat seluruh kejadian di depan mata.
Dalam laporan AJ+, polis mengesahkan sudah membuat tangkapan terhadap seorang suspek. Manakala individu yang lain disahkan kini diburu pihak berkuasa.
Polis dalam masa sama turut memberi jaminan akan membuat penahanan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat memandangkan wanita itu mengugut akan menembak dirinya sendiri sekiranya terdapat pesalah terlepas daripada hukuman undang-undang.
loading...
0 Response to "" Mampus Kau.. Mampus.. !! " - Ngeri.. Video Wanita Parah Dipukul Sebab Pertahankan Diri Dari Menjadi Mangsa..."
Post a Comment