loading...
Tiada Lagi Rambut Gugur Untuk Yang
Bertudung
Antara faktor yang mengundang kepada masalah kegatalan kulit kepala bagi mereka yang bertudung tidak lain dan tidak bukan lagi adalah disebabkan oleh rambut yang lembap dan berminyak. Ini kerana rambut yang lembap seperti berpeluh menyebabkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik dan kurang aliran udara. Punca utama keadaan ini adalah apabila wanita mengenakan tudung yang terlalu tebal atau padat.
Seelok-eloknya elakkan daripada memakai tudung dengan lapisan yang banyak atau tudung yang terlalu tebal. Pengudaraan yang kurang adalah sangat tidak baik untuk rambut. Ingat, rambut anda juga perlu bernafas dan mendapatkan udara yang segar. Amalkanlah memakai tudung daripada fabrik yang mempunyai rongga udara seperti kain kapas.
Mengenakan tudung dalam keadaan rambut yang basah turut mengundang kegatalan kulit kepala. Sesetengah individu mengambil ringan tentang perkara ini, namun inilah salah satu puncanya anda mengalami masalah rambut. Kadang-kala wanita kerap mencuci rambut mereka, rambut yang basah dan lembap perlu dikeringkan sepenuhnya dan sebaik-baiknya elakkan daripada mengikat rambut ketika basah dengan tuala.
Amalan ini adalah salah kerana rambut yang basah dan tertutup amat cenderung untuk mengalami kerosakan dan keguguran. Seeloknya keringkanlah rambut anda dengan menggunakan pengering ataupun menggosok dengan tuala yang lembut berasingan daripada tuala mandi.
Sewaktu berada di rumah pula, amalkan menyikat rambut dengan sikat yang lembut supaya ianya terurus. Rambut anda juga perlu dibelai dan disayangi barulah akarnya akan sihat. Selain itu, Jika anda mempunyai masalah kulit yang sensitif, anda boleh juga cuba menggosok kulit kepala dengan limau purut yang telah dihangatkan untuk mengurangkan masalah kelemumur. Selepas mandi, biarkan rambut anda kering seketika dan kemudian sapukan vitamin untuk khasiat yang lebih kepada rambut anda.
Masalah rambut sememangnya akan menggangu aktiviti harian dan pekerjaan anda. Amat penting untuk mengambil berat tentang penjagaan rambut supaya ianya kekal segar dan sihat. Ingat, rambut adalah mahkota wanita. Selain daripada kulit, rambut juga memerlukan rawatan yang rapi bagi menjamin kesihatan rambut dan kulit kepala yang berpanjangan.
loading...
0 Response to "Tiada Lagi Rambut Gugur Untuk Yang Bertudung"
Post a Comment