loading...
Air zam zam mempunyai khasiat dan manfaatnya yang tersendir. Malah air zam zam boleh mendatangkan apa jua hajat kita dengan izin Allah apabila meminumnya. Ini termasuk menerang dan melapangkan hati, cerdas, kuat ingatan, kreatif, kaya, mulia, pandai, terhormat, membaiki akhlak dan lain-lain lagi.
Rasullah s.a.w. bersabda :
'Air Zam Zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai)'.
Dengan kata lain, barangsiapa yang meminumnya untuk sebarang hajat, dia akan mencapainya. Orang-orang soleh telah mencubanya untuk mendapatkan hajat-hajat dunia dan akhirat.
Air zam zam ialah penghulu segala air, sebaik-baik air di muka Bumi, air yang paling mulia, paling berharga dan paling bernilai.
Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata, 'Orang yang meminum air zam zam itu':
Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.
Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman.
Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.
Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.
Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya.
Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.
Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.
Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah melindunginya.
Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.
Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya.
Sebenarnya, apa jua niat semasa meminum air zam zam, asalkan niat itu baik dan halal, InsyaAllah ianya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Amin.
loading...
0 Response to " Saat HAJI Semakin Hari Semakin Terasa !!Kepulangan Jemaah Pula Saat Dinanti Bersama Air Zam-Zam.!!INI Lah BESARNYA KHASIAT AIR ZAM-ZAM Yang Mungkin Kita Tidak Tahu!"
Post a Comment