loading...
Kongsi Suami: Gaduh Sikit, Terus Canang Di Laman Media Sosial
Saya berasal dari utara tanah air. Sudah tertulis jodoh saya dengan suami orang. Awalnya saya sangka bahagia milik saya tetapi ternyata ia tidak seperti apa difikirkan. Sebenarnya sudah lama saya pendamkan perasaan ini malah sudah penat memikirkannya. Saya akui perit bila kita berkongsi suami dengan wanita lain.
Ternyata sikap mengalah memakan diri sendiri. Pernikahan kami berlangsung di sempadan tanah air. Tetapi semenjak berkahwin, suami tidak henti-henti menipu. Saya tiada tempat mengadu tentang bebanan perasaan yang saya hadapi ini. Bila saya bertanyakan suami, dia menuduh sayalah punca kepada berlakunya semua pergaduhan antara kami. Hingga akal dengkel saya terfikir, sayang sangat ke Allah pada saya sampai macam ni sekali ujian saya terima.
Jujurnya saya penat. Saya nekad bercerai kerana tidak tahan hendak teruskan kehidupan dengan bebanan yang saya tanggung. Malangnya suami enggan menceraikan saya. Dia siap mengugut, selepas saya bunuh dia barulah saya akan bebas!
Semasa mengambil keputusan berkahwin dengannya, saya fikir boleh berkongsi suami tetapi ternyata saya silap. Saya memang susah hendak menerima hakikat hidup bermadu. Setiap hari saya akan menangis mengenangkannya. Saya sudah penat dengan semua masalah ini. Bila saya meluahkan saya tidak mahu lagi bermadu, dia cakap saya ini tidak reti bersyukur. Sampai bila saya harus menangis begini? Saya tidak kuat.
Saya dan suami duduk berjauhan tetapi suami tuduh saya yang hendak duduk jauh darinya. Sedangkan dia tidak fikir kenapa saya di sini. Niat saya hanyalah untuk mendapatkan duit dan besarkan anak. Bukan tidak pernah duduk dekat dengannya, tetapi setiap hari saya akan dimaki hamun. Diugut oleh isteri pertamanya sama ada melalui aplikasi Whatsapp atau menghantar mesej di telefon sehinggakan saya ambil keputusan menyekat taliannya.
Bila hal ini terjadi, suami sedikit pun tidak mahu mempertahankan saya sebaliknya mendiamkan diri sahaja. Hinggakan saya terfikir, adakah saya tidak layak mengahwini lelaki bujang mahupun duda agar saya tidak dilanda masalah sebegini. Seksa berkahwin dengan suami orang, azabnya hanya saya yang menanggung. Sudah bertahun saya berendam air mata sendirian.
Kadang-kadang bila tercetus pergaduhan antara kami, suami akan menguar-uarkan nama saya di laman sosialnya, itulah caranya memalukan saya. Sehinggakan kawan-kawan saya menegur agar tidak membuat sebarang sebaran mengenai kisah rumah tangga kami di laman sosial. Bagi suami, saya lebih malu dengan kawan-kawan dari malu dengan Allah.
Saya akui alami tekanan dalam hal ini. Saya menjadi buntu mencari jalan keluar supaya suami menceraikan saya. Lebih menyusahkan kerana perkahwinan kami dilakukan di sempadan dan tiada pengesahan dilakukan. Bantulah saya!

0 Response to "Kongsi Suami: Gaduh Sikit, Terus Canang Di Laman Media Sosial - Kadang-kadang bila tercetus pergaduhan antara kami, suami akan menguar-uarkan nama saya di laman sosialnya, itulah caranya memalukan saya. Sehinggakan kawan-kawan saya menegur agar tidak membuat sebarang sebaran mengenai kisah rumah tangga kami di laman sosial"
Post a Comment