loading...
Cipta dan wujudkan Tabung Kecemasan Laki Bini. Mesti Buat!
Memiliki tabungan kecemasan bermakna anda memiliki ruang untuk bernafas. Anda tidak akan rasa panik jika kereta rosak secara tiba-tiba atau jika anda hilang kerja tanpa disangka.
Ya, setiap orang mahu menyimpan wang dalam tabungan kecemasan. Tetapi tidak tahu bagaimana mahu melakukannya. Cuba semak beberapa cara yang boleh anda pertimbangkan mula menyimpan tabung kecemasan...
1. Gunakan senarai barang dalam membeli-belah barangan keperluan dapur
Perancangan awal boleh menjimatkan masa anda di kedai. Jika anda fokus untuk membeli barang yang anda perlu, anda dapat mengurangkan bil perbelanjaan barangan keperluan dapur dengan tidak membeli barang yang tidak diperlukan.
2. Tukar gaya hidup mewah
Di sebalik anda keluar makan di restoran mahal di luar sekali sebulan, apa kata anda tukarkan makan malam itu kepada hidangan yang disediakan di rumah. Anda dapat jimat wang jika anda sediakan hidangan lazat di dapur anda sendiri.
3. Berkongsi kenderaan
Memang sukar untuk melakukannya tetapi anda boleh cuba jika rakan sekerja tinggal berdekatan. Anda boleh berkongsi untuk bertukar-tukar membawa kereta pada setiap hari. Walaupun anda melakukannya dalam beberapa hari tetapi ia masih boleh mengurangkan sedikit kos pengangkutan. Jika ada pengangkutan awam yang betul-betul berdekatan dengan rumah dan tempat kerja, bolehlah mula menggunakannya.
4. Kurangkan bil bulanan yang dirasakan tidak perlu
Adakah membeli saluran televisyen berbayar tetapi jarang melihatnya? Lebih baik anda ambil keputusan untuk mula memotongnya.
loading...
0 Response to "Cipta Dan Wujudkan Tabung Kecemasan Laki Bini. Mesti Buat! - Ya, setiap orang mahu menyimpan wang dalam tabungan kecemasan. Tetapi tidak tahu bagaimana mahu melakukannya. Cuba semak beberapa cara yang boleh anda pertimbangkan mula menyimpan tabung kecemasan... "
Post a Comment