PERKHHHH...SYOKNYA...!!! PAKAT MEREMPIT LEPAS NIH...Tren tolak bagasi bakal menjadi lapuk...

loading...
PERKHHHH...SYOKNYA...!!! PAKAT MEREMPIT LEPAS NIH...Tren tolak bagasi bakal menjadi lapuk...



ZAMAN mengangkat, menolak mahupun mengheret bagasi di lapangan terbang bakal menjadi lapuk selepas penghasilan Modobag.

Digital Trends melaporkan produksi Modobag yang dibiayai oleh orang awam di kempen Indiegogo merupakan beg bagasi 'hybrid' pertama yang dihasilkan.

Beg bagasi hibrid tersebut dilengkapi enjin kecil yang mampu menjana motor elektrik 200 watt.

Pemilik mampu 'menunggang' Modobag dan apabila 'throttle' dipulas, beg tersebut mampu mencecah kelajuan 12 kilometer per jam.

Kelajuan tersebut adalah tiga kali ganda lebih cepat berbanding anda menolak atau menarik bagasi anda ketika bergerak di lapangan terbang!

Selain enjin kecil, Modobag juga mempunyai elemen tradisional bagasi iaitu roda untuk memudahkan beg tersebut ditolak atau ditarik.

Pemilik Modobag juga tidak perlu risau mengenai kuasa untuk menggerakkan enjin kerana Modobag menyediakan 'port USB' untuk pengecas kuasa elektrik.

Sistem pengesan GPRS/GSM juga disertakan untuk setiap model Modobag.

Modobag mempunyai berat tanpa muatan 8 kilogram dan mampu ditunggang oleh mereka yang mempunyai berat sehingga 117 kilogram.
loading...

0 Response to "PERKHHHH...SYOKNYA...!!! PAKAT MEREMPIT LEPAS NIH...Tren tolak bagasi bakal menjadi lapuk..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close